Monday, November 17, 2008

Percaya Tak : Ada Pengganti Minyak Hitam Kenderaan??

Dalam situasi ekonomi dunia yang tidak tentu, harga minyak hitam telah meningkat naik. Ini telah membebankan pengguna yang mempunyai kenderaan samada kenderaan berat atau kenderaan ringan keran aminyak hitam ibarat darah yang menggerakkan sesuatu kenderaan

Namun, terdapat segelintir pengguna yang telah menemui alternatif yang berguna bagi mengatasi masalah penyelenggaraan minyak hitam bagi kenderaan mereka.Mereka telah menggantikan minyak hitam yang sedia ada dipasaran dengan menggunakan minyak masak yang berteraskan kelapa sawit. Perbandingan harga amat ketara dimana sebungkus minyak masak hanya dapat diperolehi sekitar RM 2 sahaja berbanding harga runcit minyak hitam yang berharga RM90 keatas. Mereka juga hanya perlu membelinya di kedai runcit dan pasar biasa sahaja.

Menurut Nik Safian Afzani Omar, Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Micheal Ismail, yang mana telah menggunakan minyak masak berteraskan kelapa sawit sebagai ganti minyak hitam kereta Kancilnya, katanya, suhu enjin keretanya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah melebihi dari satu takuk. Ini membuktikan bahawa penggunaan minyak masak sebagai amat berkesan dan praktikal.

Bagi seorang pencipta alat penjimat minyak berasaskan gas hydrogen dan air, Hisham Abdullah, berkata, minyak kelapa sawit merupakan minyak yang paling sintetik, tetapi kita tidak tahu mengenainya. Beliau adalah bekas jurutera sebuah syarikat Jepun dan merupakan graduan ekonomi dan kejuruteraan Universiti Arkansas, Amerika Syarikat, telah menggunakan minyak masak sebagai ganti minyak hitam selama lebih satu tahun dan tidak ada kesan negatif pada kereta Proton Iswaranya.

Manakala seorang mekanik, Mohd Tajudin Jalil, amat mengesyorkan pengguna lain menggunakan minyak masak berteraskan kelapa sawit selepas dia bertemu dengan pakar minyak luar negara bagi mengetahui rahsia minyak masak ini. Beliau telah menggunakan minyak ini sejak 2 tahun lepas. Nasihatnya kepada pengguna yang baru agar menukar gasket yang berkualiti terlebih dahulu sebelum menggunakan minyak masak berteraskan kelapa sawit ini.

Sangat menakjubkan!! Ini membuktikan bahawa kelapa sawit mempunyai manfaat dan faedah yang sangat besar. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan wang malah penggunaannya lebih mesra alam. Untuk maklumat lanjut sila layari http://ilmurahsia.name.my ataupun http://www.nordicgroup.us/oil.html#The300 Mile Facts.

No comments: